Wednesday, February 9, 2011

Singa Utara tak mahu dabik dada bertemu Terengganu

PERLIS yang bakal menyambut kunjungan Terengganu akur berdepan misi sukar memburu kemenangan pertama pada pertemuan Liga Super di Stadium Utama Negeri di Kangar, Jumaat ini. 

Ketua jurulatih, Mosthakeen Omar berkata berbanding anak didiknya skuad pelawat bukan calang-calang apabila turut dilabel antara skuad pilihan pada kempen Liga Malaysia, musim ini.



Selain itu, katanya, skuad dari Pantai Timur kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu mantap pada semua posisi dan diperkuatkan ramai tonggak berpengalaman serta memiliki beberapa pemain bertaraf bintang.
“Selepas gagal dalam dua perlawanan sebelum ini, kita memang memerlukan kemenangan dan mengutip mata pada pertemuan itu. Bagaimanapun, sasaran itu bukan sesuatu yang mudah kerana lawan yang bakal ditemui itu memang diakui kuat. 

“Justeru untuk menjayakan misi itu kita tiada pilihan kecuali perlu bersedia dari segi mental dan fizikal serta memastikan mampu mempamerkan cabaran terbaik, penuh bertenaga dan kesungguhan tinggi,” katanya. 

Pengendali berpengalaman berasal dari Tongkang Yad, dekat Alor Setar itu berkata, selain itu paling penting semua pemain beraksi pada pertemuan itu perlu membentuk gandingan dan persefahaman kental bagi membendung gerakan lawan yang pasti tampil dengan misi memburu mata. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...