PEMAIN Perak, Muhamad Hisyamudin Mohd Shaari (kiri) cuba menghalang rembatan Hardi pada saingan Liga Super di di Stadium Shah Alam, kelmarin. |
Sifatkan strategi masukkan Hardi pada babak kedua punca kemenangan
JURULATIH Selangor, K Devan (gambar kecil), menyifatkan strateginya memasukkan Hardi Jaafar pada babak kedua antara punca kemenangan skuadnya menewaskan Perak 1-0 di Stadium Shah Alam dan kembali ke takhta Liga Super, kelmarin.

Devan berkata, dia sengaja merehatkan pemain tengah itu dan menggunakan khidmat Mohd Asraruddin Putra Omar dan P Gunalan menjana serangan dari kedua-dua bahagian sayap untuk menguji benteng skuad Seladang, sebelum memasukkan Hardi pada waktu yang sesuai.Katanya, kemasukan Hardi memberi impak serta merta apabila Selangor tampil dengan serangan lebih berbisa hingga membuatkan Perak yang sebelum itu banyak menyerang terpaksa mengalih tumpuan untuk bertahan.
“Ramai berpendapat Perak adalah pilihan untuk menang selepas mereka mengalahkan Kelantan 4-0 tetapi sebagai juara bertahan liga, kami buktikan Selangor layak menang,” kata Devan selepas tamat perlawanan.
“Saya amat berpuas hati dan memuji pemain kerana meraih tiga mata berharga ini, sekali gus mengembalikan Selangor ke takhta Liga Super.”
Selangor yang kini mengumpul 26 mata selepas 12 permainan, menang hasil jaringan tunggal kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim yang merembat dengan kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol Perak, Mohd Nasril Nourdin pada minit ke-68.
Devan berkata, kemenangan ke atas Perak itu meningkatkan lagi keyakinan skuadnya untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super musim ini dengan satu lagi kemenangan - menentang Sabah di Shah Alam, malam esok.
“Tentunya kami mengharapkan tiga mata penuh lagi,” katanya.

No comments:
Post a Comment