Kelantan lwn Sabah
Keputusan: 0-0
(Stadium Sultan Muhamad IV)
SELEPAS dibelasah Perak 0-4 di Ipoh Selasa lalu, pemain Kelantan gagal bangkit dan memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila sekadar mengutip satu mata pada pertemuan menentang Sabah di Kota Bharu. Walaupun menguasai perlawanan, anak buah Datuk M Karathu gagal menembusi pintu gol Sabah yang di kawal bekas pemainnya, Syed Adney Syed Hussin.
Sabah mengutip satu lagi mata berharga untuk menghidupkan peluang mereka di Liga Super. Walaupun menduduki tangga kedua tercorot liga, Sabah mengumpul 11 mata dan hanya dipisahkan tiga mata dengan T-Team yang menghuni tangga kelapan liga.
Selangor lwn Perak
Keputusan: 1-0
(Stadium Shah Alam)
GERGASI Merah mengatasi Perak di Stadium Shah Alam sekali gus memintas Terengganu di tangga teratas liga. Gol Selangor disumbangkan oleh kapten kebangsaan, Safiq Rahim.
Perak gagal meneruskan rentak kemenangan apabila di sekat anak buah K Devan. Walaupun tewas, persembahan skuad Seladang wajar mendapat pujian.
Kuala Lumpur lwn T-Team
Keputusan: 3-1
(Stadium Bola Sepak KLFA)
SELEPAS dibaham Harimau Muda A Selasa lalu, skuad Warga Kota bangkit mengalahkan T-Team di laman sendiri. Kemenangan itu melonjakkan pasukan bimbingan Mohamed Razip Ismail ke tangga kesembilan.
T-Team mengalami kekalahan kedua berturut-turut minggu ini. Yunus Alif perlu bertindak segera untuk memperkemaskan benteng pertahanan selain mempertajamkan jentera serangan.
Johor FC lwn Harimau Muda A
Keputusan: 0-1
(Stadium J-Corp)
SKUAD Tebuan gagal memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri dan merelakan pasukan pelawat membawa pulang tiga mata berharga. Johor FC perlu segera bangkit untuk memastikan mereka terus memberi tekanan kepada pasukan di tangga teratas liga.
Anak buah Ong Kim Swee terus mencatat keputusan positif. Kemenangan di tempat lawan itu pasti membangkitkan semangat pemain Harimau Muda A untuk menghadapi Kedah di Alor Setar, Sabtu depan.
Kedah lwn Pahang
Keputusan: 1-0
(Stadium Darul Aman)
KENARI terbang tinggi. Kemenangan tipis ke atas Pahang memastikan Kedah mengumpul 21 mata selepas mengharungi 12 perlawanan dan kini menghuni tangga kelima carta liga.
Dollah Salleh perlu mencari formula untuk memastikan pasukannya tidak lagi keciciran mata apatah lagi mereka bakal berdepan Negeri Sembilan di laman sendiri, Selasa depan.
Perlis lwn Negeri Sembilan
Keputusan: 3-2
(Stadium Utama Negeri, Kangar)
SINGA Utara yang menduduki tangga tercorot liga mempamerkan persembahan terpuji apabila menumpaskan juara Piala FA musim lepas Negeri Sembilan di laman sendiri. Kemenangan itu juga merupakan yang pertama buat Perlis selepas mengharungi 12 perlawanan liga setakat ini.
Skuad Hoben Jang Hoben pulang ke Seremban dengan tangan kosong. Pemain Rusa perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengambil kesempatan terhadap Perlis yang menghuni tangga tercorot liga.

No comments:
Post a Comment