Sunday, April 17, 2011

Elavarasan akur

FELDA United menerima kekalahan ketiga berturut-turut pada saingan bola sepak Liga Super 2011. 

Kelmarin, pasukan bimbingan jurulatih, E Elavaran itu tunduk kepada pasukan Terengganu 0-1 di tempat lawan. 

Elavarasan ketika dihubungi Sinar Harian akur dengan keputusan tersebut kerana lawan bermain lebih baik daripada pasukannya. 

“Pemain sudah memberikan aksi terbaik mereka tetap pasukan lawan terlalu kuat. 

“Tetapi kekalahan terbaru ini tidak mematikan semangat pemain saya untuk mencatat keputusan positif pada perlawanan akan datang,” katanya. 

Pada masa sama, beliau memaklumkan tidak akan melakukan sebarang rombakan besar kepada pasukan berikutan kekalahan terbaru itu. 

“Saya mahu berlaku adil kepada semua pemain. Apa yang boleh saya katakan, semua pemain akan diberi peluang bermain,” katanya. 

Pada 9 April lalu, Felda United di belasah Kelantan 6-0 di Kota Bharu, manakala Selangor menewaskan mereka 1-0 di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...