JURULATIH Kelantan, Datuk M Karathu, menyifatkan kemenangan besar membelasah FELDA United FC, 6-0, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam kelmarin sebagai kejayaan luar biasa bagi The Red Warriors.
Beliau menganggap kemenangan itu adalah komitmen besar pemain selepas tewas kepada T-Team, yang ingin meletak kembali Kelantan menguasai tangga liga selepas diketepikan ke tangga ketiga oleh Selangor dan Perak.
Karathu tidak menafikan pasukan pelawat memberi saingan yang hebat sehingga mampu menggugat gawang tuan rumah, namun The Red Warriors berjaya menunjukkan permainan taktikal yang mantap sehingga menghampakan pasukan pelawat.
"Walaupun The Red Warriors malam tadi tidak menurunkan pemain utama seperti Mohd Badri Radzi, namun beberapa muka baru seperti Mohd Azuan Solahuddin mampu memberi komitmen tinggi sambil dibantu pemain senior dengan berjaya menyumbang satu daripada enam gol itu.
"Kelantan juga menunjukkan kemantapan pada bahagian tengah yang menyaksikan banyak serangan berjaya diatur daripada situ sehingga membuahkan jaringan besar," katanya selepas perlawanan, malam kelmarin.
No comments:
Post a Comment