Friday, April 1, 2011

Pahang dapat lampu hijau

PASUKAN Liga Super Pahang menarik nafas lega selepas dibenarkan beraksi di Stadium Darul Makmur sehingga akhir bulan Mei depan sebelum ia ditutup untuk kerja baik pulih, Jun ini. 

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Datuk Omar Othman berkata, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan skuad Tok Gajah menggunakan stadium itu kerana kerja menaik taraf bermula dalam masa dua bulan lagi. 

”Stadium ini bakal ditutup bulan ini, namun terpaksa ditangguhkan sehingga Jun, jadi kita meminta kepada FAM supaya skuad Pahang dibenarkan beraksi di sini sehingga Mei. 

“Oleh kerana Pahang masih mempunyai empat perlawanan dalam Liga Super di stadium ini, dengan perlawanan terakhir ialah pada 27 Mei bertemu Kuala Lumpur,” katanya 

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kehadiran penonton ke stadium untuk menyaksikan Liga Malaysia semakin meningkat. 

”Kutipan tiket perlawanan pernah mencecah hampir RM90,000 untuk satu perlawanan berbanding purata bawah RM5,000 pada musim lalu,” katanya. 

Pahang kini berada di tangga keenam liga de-ngan mengumpul 10 mata selepas tujuh perlawanan, ketinggalan hanya empat mata daripada pendahulu liga, Kelantan. 

Omar berkata, FAM akan memutuskan kemudian berkenaan stadium yang akan dijadikan sebagai gelanggang Pahang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...