PENYERANG berbakat Perak, Razali Umar Kandasamy menyatakan permohonan maafnya kepada semua pihak termasuk pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), rakan sepasukan serta penyokong di atas segala tindak-tanduknya yang mencetuskan pelbagai kontroversi selama ini.
Menurutnya, semua masalah dihadapinya selama ini melibatkan masalah peribadi dan sememangnya tidak dapat dielakkan.
Menurutnya, masalah yang timbul sudah selesai dan kini dia bersedia kembali memberikan sepenuh tumpuan kepada persiapan skuad Kejor Yob Kejor itu.
“Saya tidak akan mengulangi perbuatan sama dan berharap jurulatih, Norizan Bakar dapat menerima saya semula begitu juga kepada rakan dan penyokong Perak.
“Saya berazam kembali menjalani latihan, seterusnya membantu pasukan Perak untuk mengharungi perlawanan Liga Super selepas ini,” katanya.
Penyerang tinggi lampai itu menghilangkan diri sejak 9 Mac lalu dan tidak lagi menghadiri sesi latihan dikendalikan Norizan.
Namun, difahamkan Razali hanya menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada seorang pegawai pasukan menyatakan dia mengalami cirit birit dan tidak dapat menjalani latihan.
No comments:
Post a Comment