SKUAD Pahang hanya dibenarkan beraksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan sehingga bulan Mei sebelum kerja membaik pulih stadium berkenaan bermula Jun depan. |
SKUAD Pahang dibenarkan beraksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan sehingga penghujung Mei depan sebe- lum kerja-kerja membaik pulih stadium tersebut dijalankan pada bulan Jun.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Datuk Dr. Omar Othman berkata, Jawatankuasa Pertan- dingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan permohonan persatuan itu kerana kerja menaik taraf stadium berkenaan akan hanya bermula pada Jun.
“Sebelum ini stadium berkenaan dijadual terlibat dengan kerja-kerja menaik taraf pada awal April, namun selepas ia ditangguhkan sehingga Jun, maka kita telah memohon supaya pasukan Pahang dibenarkan beraksi sehingga Mei di stadium itu,” katanya kepada pemberita di Kuantan semalam.
Pahang masih mempunyai empat perlawanan dalam sai- ngan Liga Super di stadium berkenaan dengan perlawanan terakhir pada 27 Mei menentang Kuala Lumpur.
Omar berkata, bilangan penonton yang hadir ke Stadium Darul Makmur untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia telah meningkat.
“Kutipan tiket perlawanan pernah mencecah hampir RM90,000 untuk satu perla- wanan berbanding purata bawah RM5,000 pada musim lepas,” katanya.
Pahang kini berada di tangga keenam liga dengan mengumpul 10 mata selepas tujuh perlawanan, ketinggalan empat mata dengan pendahulu liga, Kelantan.
Omar berkata, FAM akan memutuskan kemudian berkenaan stadium yang akan di- jadikan sebagai gelanggang Pahang.
No comments:
Post a Comment