Wednesday, April 6, 2011

Sentuhan Akhyar lonjak PKNS

NAMA Mohammad Khairul Akhyar Husain mungkin kurang dikenali di kalangan peminat bola sepak tempatan.
Namun, penyerang PKNS FC itu kini semakin menampilkan sentu- han penyudah yang mantap apabila sudah meledak lima gol sepan- jang lapan perlawanan Liga Premier setakat ini.
Terbaru, jaringan tunggal Khairul Akhyar, 22, atau lebih mesra di- panggil ‘Kia’ membantu PKNS FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium MB- PJ, Kelana Jaya malam kelmarin.
Menurut pemain berasal dari Kelantan itu, dia mempunyai dua misi penting yang mahu dilaksanakan tahun ini.
Pertama, membantu PKNS FC layak ke Liga Super 2012 dan menempatkan dirinya dalam skuad Olimpik kebangsaan.
“Sudah tentu saya cukup berasa gembira ketika ini kerana jaringan-jaringan saya membantu PKNS mencatat tujuh kemenangan dan sekali seri sepanjang mengharungi lapan perlawanan.
“Saya mahu teruskan rentak jaringan kerana itu saja cara untuk saya menarik perhatian Ong Kim Swee (jurulatih skuad Olimpik kebangsaan) mahupun K. Rajagobal (jurulatih kebangsaan).
“Ini kerana pada usia 22 tahun, saya masih layak beraksi untuk skuad Olimpik dan skuad Sukan SEA.
“Memang itulah harapan dan cita-cita saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pada pusingan pertama Kelaya- kan Olimpik 2012 menentang Pakistan, Kim Swee hanya memanggil empat pemain luar iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saa- rani, Ahmad Shakir Md. Ali dan Faizal Abu Bakar.
Andai berjaya meneruskan rentak jaringan, Khairul Akhyar yang kini di tangga kedua senarai penjaring terbanyak Liga Premier di belakang penyerang Sarawak, Bobby Gonzales mungkin berpeluang dipanggil untuk aksi pusingan kedua Kelayakan Olimpik menentang Lebanon pada Jun depan.
“Saya mahu pastikan PKNS FC terus mencatat kemenangan apabila turun bertemu Harimau Muda B pada Khamis ini (esok),” jelas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...