SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Mohd Amin memaklumkan tiket perlawanan Liga Super antara Selangor dan Perak akan mula dijual esok bermula jam 9 pagi di Stadium Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, harga tiket adalah RM15 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.
“Saya menggesa peminat kedua-dua pasukan dapat hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan hebat Liga Super hujung minggu ini (esok).
“Peminat boleh mendapatkan tiket berkenaan di Stadium Shah Alam seawal jam 9 pagi (Sabtu),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Stadium Shah Alam mampu memuatkan kapasiti kira-kira 80 ribu penonton dalam satu-satu perlawanan.
Pertembungan Gergasi Merah dan Seladang dijangka menarik berikutan kedua-dua pasukan menguasai dua tangga teratas liga ketika ini.
Perlawanan itu dijadualkan bermula jam 8.45 malam.
Info tiket:
RM15 (Dewasa)
RM5 (Kanak-kanak bawah 12 tahun)
No comments:
Post a Comment