Friday, April 15, 2011

Rundingan Wan Jamak Selasa ini

URA-ura mengatakan bekas Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan bakal mengemudi pasukan bola sepak Liga Super Kedah semakin kencang dan perkara ini turut disokong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Hamdan Mohamed Khalib. 

Beliau berkata, bekas jurulatih Negeri Sembilan itu juga menunjukkan minat untuk mengemudi skuad Hijau Kuning. 

Hamdan yang juga Exco Belia dan Sukan, Kesenian & Warisan Kebudayaan Negeri Kedah berkata, KFA berminat memberi kepercayaan kepada Wan Jamak untuk membimbing Kedah tetapi memaklumkan jurulatih itu perlu melalui proses rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dahulu.: 

“Sekarang, Wan Jamak perlu melalui proses rundingan mengenai pampasan dengan PBNS. Rundingan itu kemungkinan berlangsung Selasa ini. 

“Selepas rundingan itu selesai, barulah KFA akan mengumumkan status Wan Jamak dalam KFA,” katanya kepada :Sinar Harian:. 

Menurutnya, pengumu:man mengenai ketua jurulatih yang baru akan dibuat sebelum pasukan Kedah bertemu Harimau Muda A 19 April ini. 

Ditanya mengenai hala tuju Ahmad Yusof selepas ketua jurulatih baru diumumkan, Hamdan berkata, kemungkinan KFA akan melepaskan Ahmad Yusof untuk Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...