Friday, April 15, 2011

Belasah Awe, tiada dendam

SELEPAS tewas mengejut kepada skuad tangga kedua tercorot liga, Sabah 1-2 di Kota Kinabalu, Perak bagai mendapat semangat baru apabila dengan mudah membelasah bekas pendahulu liga, Kelantan 4-0 dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Perak, Selasa lalu. 

Penyerang sensasi Seladang, Akmal Rizal Rakhli menafikan kemenangan besar Perak ketika membelasah Kelantan 4-0 Selasa lalu adalah bermotifkan dendam tetapi lebih kepada semangat kerjasama berpasukan yang sebenar. 

Menurut bekas penyerang Kedah, Selangor dan Kelantan itu, semangat berpasukan merupakan faktor kemenangan skuad Kejor Yob Kejor pada perlawanan tersebut. 

“Sebenarnya, ketika perlawanan menentang Sabah di Stadium Likas banyak kesilapan dilakukan sehingga tewas mengejut minggu lalu. 

“Tetapi setelah rekod tanpa kalah kami ini berakhir, pemain dilihat tidak lagi menanggung beban tekanan ‘tanpa kalah’ itu hingga akhirnya menjadikan semua pemain ‘enjoy’ dan dapat mempamerkan kehebatan skil masing-masing yang akhirnya menjelmakan kemenangan,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam. 

Sementara itu, menjelang saingan dengan pendahulu liga yang baru Selangor di Stadium Shah Alam, esok Akmal berkata, semua pemain bersedia bagi menghadapi skuad Gergasi Merah itu di gelanggang ‘keramat’ mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...