Malah ia adalah kekalahan kedua Negeri Sembilan kepada pasukan Lembah Klang itu selepas diaibkan pada saingan Piala FA di gelanggang sama pertengahan bulan lalu, yang sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan gagal mempertahankan trofi kejuaraan kalah mati itu.
Walaupun Negeri Sembilan dapat menurunkan kesebelasan terbaik termasuk gandingan penyerang kebangsaan dan berpengalaman, Ahmad Fakhri Saarani dan Hairuddin Omar yang menerajui barisan depan, namun jentera pasukan dikemudi pemain tengah berpengalaman, Mohd Shukor Adan, dilihat serba tidak menjadi.
Malah tiada percubaan berbahaya daripada barisan depan skuad Hoben Jang Hoben untuk menguji benteng Kuala Lumpur, sebaliknya banyak gerakan dilakukan tuan rumah berjaya dipatahkan benteng pasukan pelawat. Azraai ketika ditemui sebaik tamat perlawanan mengakui kecewa dengan keputusan perlawanan itu ketika dia amat mengharapkan anak buahnya bangkit mencatat kemenangan selepas sekadar seri dengan Terengganu, Selasa lalu.
“Pemain sepatutnya berupaya untuk bangkit dengan persembahan lebih bertenaga dan mencatat kemenangan tetapi sebaliknya apabila persembahan yang mereka pamerkan serba tidak menjadi. Cubaan kita menurunkan beberapa pemain muda antaranya Ahmad Aminuddin Shaharuddin bagi membantu di posisi pertahanan juga tidak berkesan.
“Pemain nyata mensia-siakan peluang dan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila pelawat pulang ceria selepas meraih tiga mata. Hakikatnya kita tidak punya banyak masa untuk memperbaiki keadaan kecuali setiap pemain berusaha memberikan persembahan cemerlang pada perlawanan berikutnya dan memastikan pasukan meraih keputusan memuaskan,” katanya.
No comments:
Post a Comment