Bekas pemain Perlis itu diharap mampu meneruskan aksi cemerlang dalam usaha membantu Negeri Sembilan mencatat kemenangan di halaman sendiri dan seterusnya memperbaiki kedudukan carta.
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah berharap Ahmad Fakri dan gandingannya, Hairuddin Omar memainkan peranan lebih berkesan di barisan depan demi membantu pasukan mencapai kemenangan di halaman sendiri.
Menurutnya, peningkatan prestasi dan persefahaman dipamer kedua-dua pemain itu diharap mampu merealisasi matlamat meraih tiga mata kerana kemenangan amat penting untuk melonjakkan kembali kedudukan pasukan Negeri Sembilan dalam carta liga.
“Persefahaman Ahmad Fakri dan Hairuddin semakin mantap dan saya harap mereka meneruskan aksi cemerlang itu.
“Prestasi cemerlang ketika menentang Terengganu perlu diteruskan dan setiap pemain tidak harus mensia-siakan kelebihan beraksi di halaman sendiri,” katanya.
No comments:
Post a Comment