Tuesday, April 5, 2011

Peluang terakhir Razali

PEMAIN kontroversi, Razali Umar Kandasamy diberi peluang terakhir oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) selepas mengemukakan rayuan terhadap kesalahan ponteng latihan selama hampir tiga minggu baru-baru ini.


Pengurus Perak, Khairul Azwan Harun berkata, langkah mengampunkan pemain itu dibuat jawatankuasa pengurusan yang mengadakan mesyuarat baru-baru ini.

“Ini amaran terakhir buatnya. Tiada lagi tolak ansur selepas ini. Pafa sudah banyak berlembut dan tidak mahu diperkotak-katikkan lagi,” katanya ketika mengulas tindakan terhadap pemain itu.




Begitupun Khairul Azwan yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, tindakan potong gaji tetap dikenakan terhadap pemain itu kerana sudah termaktub dalam kontrak pemain. Tindakan ini selaras dengan perjanjian antara pemain dengan Pafa. Khairul Azwan berkata, Razali sudah menyertai semula latihan sejak Rabu lalu dan kini kedudukan pemain itu dalam pasukan terserah kepada ketua jurulatih, Norizan bakar.

“Bila Razali akan diturunkan dalam perlawanan kini terserah kepada jurulatih. Dia yang berhak menentukannya,” katanya.


Pengurus Seladang itu yang bangga dengan kejayaan 1-0 pasukan Kejor Yob Kejor ke atas Felda United, Sabtu lalu memuji persembahan setiap anggota pasukan yang bekerja keras untuk menghasilkan kemenangan.





“Kemenangan ini cukup penting kerana ia merintis jalan kepada perkembangan dan suasana dalam pasukan selepas kami tersingkir daripada saingan Piala FA.

“Saya gembira mereka berjaya bangkit daripada keperitan berikutan kegagalan kepada Terengganu itu.



“Begitupun pemain mempunyai tugas mencabar sepanjang bulan ini dan saya harap mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...