Monday, April 4, 2011

Gol pantas Selangor lebur misi Pahang

JURULATIH Pahang, Dollah Salleh mengaku dua gol pantas Selangor membunuh moral anak buahnya apabila tewas 1-2 kepada musuh tradisi itu, kelmarin.
Menurut Dollah, kekalahan itu menghampakan kerana beliau begitu mengharapkan sekurang-kurangnya satu mata diraih bagi menambah pungutan mata.

“Saya akui dua gol pantas itu merencatkan corak permainan Pahang ketika saya berdepan masalah kecederaan di barisan serangan.


“Dengan hanya menyandarkan harapan kepada Mohd Azamuddin Akil di posisi serangan, sukar untuk menembusi gawang tuan rumah biarpun berjaya menjaringkan satu gol.

“Tanpa R Surendren dan Mohd Faizol Husin yang cedera mungkin tidak dapat diturunkan dalam aksi Liga Super Rabu ini,” katanya.


Dollah berkata, kebangkitan diharapkan pada babak kedua tidak menjadi biarpun pemainnya cuba membolosi benteng lawan.



“Segala pergerakan dilakukan serba tidak menjadi dan berjaya dipatahkan tuan rumah.

“Kesimpulannya, perlawanan itu mengecewakan kerana saya harapkan prestasi terbaik dipersembahkan pemain tapi ia tidak seperti dirancang.



“Prestasi pemain menurun dan jika tidak diatasi segera, saya bimbang Pahang gagal memberi saingan bermakna,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...