Salim Tofel berkata, keputusan itu diharap menjadi titik kebangkitan Singa Utara untuk mempamerkan aksi lebih baik sekali gus memperbaiki kedudukan liga.
“Ketumpulan jentera serangan melakukan penyudah punca kegagalan pasukan mencatat kemenangan walaupun lawan terpaksa beraksi sembilan pemain.
“Andainya kita memiliki jentera serangan ampuh, tidak mustahil kami mencatat kemenangan pertama,” katanya.
Bekas pengendali skuad Singa Utara 2001 dan 2002 itu menyaksikan pasukannya ketinggalan dua jaringan menerusi Shahrizal Mohd Saad pada minit kelapan dan Mohamad Rashid Mohamad Aya pada minit ke-20 sebelum bangkit menyamakan kedudukan hasil rembatan ketua pasukan, Azmizi Azmi pada minit ke-24 dan gol minit akhir oleh Phul Sakh.
Skuad pelawat dari selatan tanah air kendalian Azuan Zain itu terpaksa beraksi sembilan pemain selepas dua pemainnya diperintah keluar padang akibat dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar.
No comments:
Post a Comment