KEGAGALAN barisan depan membuat penyudahan tepat melebur hasrat Mohd Azraai Khor Abdullah untuk menyaksikan skuad bimbingannya mencipta kemenangan pertama selepas mula membimbing Negeri Sembilan.
Skuad Rusa hanya seri 0-0 dengan Johor FC pada saingan Liga Super, di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor, malam kelmarin.
Bagaimanapun, bagi ketua jurulatih itu, keputusan itu boleh dianggap memuaskan selepas mempertaruhkan sebahagian besar pemain muda bagi menjana bahagian tengah berikutan ketiadaan perancang utama, Idris Karim yang kurang cergas.
No comments:
Post a Comment