Monday, April 11, 2011

Yunus puas aksi kental T-Team

PENGENDALI T-Team, Yunus Alif kagum dengan semangat kental dipamer anak buahnya ketika membenam cabaran pendahulu liga, Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, Selangor, malam kelmarin.


Lebih manis, kejayaan itu hadir di gelanggang keramat skuad Merah Kuning yang juga kemenangan ketiga berturut-turut selepas membenam Sabah dan Kelantan.

“Selangor bermain kemas tetapi pemain saya nampak tiada tekanan sekalipun bermain di hadapan ribuan penyokong fanatik mereka. Inilah yang membanggakan saya,” katanya.




Katanya, kelincahan barisan peledak dan umpanan kemas barisan tengah selain ketenangan benteng pertahanan kunci kejayaan T-Team walaupun ada kalanya terpaksa mengekang asakan bertubi-tubi pihak lawan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...