Monday, April 4, 2011

Nasriq perlu lebih berhati-hati

SEKALIPUN terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Nasriq Baharom di buang padang akibat menerima kad merah, ia tidak menghalang kemaraan Selangor mencatat kemenangan kelima musim ini. 

Pengendalinya, K Devan berkata, Nasriq sepatutnya lebih berhati-hati selepas menerima kad amaran pertama daripada pengadil perlawanan. 

“Kehilangan Nasriq sedikit mengubah tempo permainan pasukan Selangor terutama pada babak kedua.

“Mujur pemain bijak menutup kelemahan dan mempamerkan aksi lebih bertenaga sehingga menuju tamat perlawanan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Devan berkata, dia tidak gusar dengan ketiadaan Nasriq kerana masih memiliki Yosri Derma Raju dan Bunyamin Umar yang sedia memperkasa pasukan. 

Mengulas perlawanan kelmarin, Devan berkata, banyak peluang keemasan dilepaskan begitu sahaja namun tetap gembira dengan kejayaan menumbangkan anak buah Dollah Salleh 

Katanya, dua gol pantas menerusi Mohd Hardi Jaafar dan Mohd Amri Yahyah pada 10 minit pertama babak pertama memastikan koleksi tiga penuh dalam genggaman. 

“Saya mahu pemain terus memperagakan aksi konsisten pada pertemuan menentang Harimau Muda A esok,” katanya. 

Menurutnya, rentak kemenangan perlu diteruskan dalam usaha mencabar kedudukan Kelantan yang kini di puncak liga.: 

Selangor bakal bertemu skuad kendalian Ong Kim Swee pada saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam esok.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...