KETUA jurulatih Perak, Norizan Bakar memuji kebangkitan anak didiknya yang penuh berdisiplin pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Perlis dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam kelmarin.
“Ucapan tahniah saya kepada setiap pemain kerana bermain dengan semangat juang kental serta tidak mengenal erti kalah. Kesabaran serta kerja keras mereka pada separuh kedua menghasilkan ganjaran lumayan ini,” katanya.
Ketinggalan 1-0 selepas pelawat mengejutkan mereka melalui Hazwan Zainun pada m-42, anak buah Norizan meningkatkan permainan untuk akhirnya berjaya memadam kelebihan Perlis melalui gol jaringan kapten, Shahrulnizam Mustapha dari sepakan penalti dan tindakan pemusnah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada m- 59 dan 88.
“Kami menguasai permainan tetapi malangnya gagal jaringkan gol, sebaliknya lawan yang berjaya,” katanya.
No comments:
Post a Comment