Saturday, April 2, 2011

Perak lega Hisyam pulih

SELEPAS tidak beraksi dalam beberapa perlawanan, tonggak pertahanan Perak, Mohd Hisyamuddin Sha’ari berpeluang diturunkan semula pada pertemuan dengan Felda United FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.


Bek kanan Seladang itu sudah sembuh sepenuhnya dari kecederaan yang dialami ketika menentang pasukan T-Team beberapa minggu lalu yang menyaksikan Hisyamuddin terpaksa diketepikan pada perlawanan suku akhir Piala FA menentang Terengganu.

Dengan prospek menggunakan pemain utamanya Ketua Jurulatih Perak, Norizan Bakar yakin kemampuan Seladang kembali ke asal.


“Saya tidak berani katakan barisan yang diturunkan adalah yang terbaik kerana Hisyam baru kembali dari kecederaan.

“Selepas tidak beraksi dalam beberapa perlawanan keupayaannya mungkin tidak sama seperti dahulu. Namun tidak ada masalah untuk saya menurunkan pemain itu,” katanya.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...