Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz mengesahkan perkara itu.
Ku Besry yang juga Pegawai Media PFA berkata, biarpun Kangar serta kawasan sekitar venue dilanda banjir sejak Selasa, ia tidak membabitkan gelanggang perlawanan.
“Setakat ini, tiada perubahan jadual. Perlawanan Perlis dan Johor FC diteruskan akibat bencana alam itu.
“Gelanggang perlawanan setakat ini tidak langsung terjejas dengan banjir melanda sebahagian besar Kangar dan beberapa kawasan utara Perlis,” katanya.
No comments:
Post a Comment