Saturday, April 2, 2011

Hairuddin, Fakri senjata NS

MISI mengembalikan semula maruah pasukan menjadi tugas utama skuad Negeri Sembilan ketika turun menentang Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.


Justeru, gandingan dua penyerang utama Hairuddin Omar dan Ahmad Fakhri Saarani disandarkan harapan tinggi untuk mempamerkan kehebatan dalam misi mencapai kemenangan.

Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah berharap kedua-dua pemain melaksanakan tanggungjawab di barisan depan dengan berkesan.




Menurutnya, kemenangan ke atas Terengganu itu perlu direalisasikan kerana ia amat penting dalam memastikan kedudukan pasukan ditingkatkan.

“Justeru, saya harap semua pemain dapat memberikan persembahan cemerlang dan menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk meraih tiga mata berharga.


“Saya harap gandingan Hairuddin dan Ahmad Fakhri yang kian serasi dapat pamerkan kehebatan menembusi benteng lawan seterusnya membantu pasukan mencapai kemenangan,” katanya.





Selepas tujuh perlawanan, Negeri Sembilan menang tiga kali dan tewas empat untuk menduduki tangga kesembilan carta Liga Super dan gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini.

Azraai berkata, dia yakin dengan keupayaan anak buahnya untuk menghasilkan keputusan memuaskan ketika berdepan Terengganu selepas keyakinan pemain menunjukkan peningkatan ketara termasuk prestasi Ahmad Fakhri yang semakin baik sepanjang latihan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...