KOTA BHARU - Kegagalan Kelantan memungut tiga mata ketika melayan kunjungan Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin mengundang resah ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu.
Tanpa berselindung, Karathu mengakui keputusan seri tanpa jaringan dengan skuad Badak itu cukup perit untuk diterima selepas pasukannya dibelasah 0-4 oleh Perak minggu lalu.
Menurutnya, kekalahan tersebut memberikan tamparan hebat buat pemain Kelantan yang dilihat tertekan apabila seringkali gagal memanfaatkan beberapa peluang dimiliki.
"Memang diakui ia memberikan tekanan kepada pasukan dan saya percaya mereka beraksi dalam keadaan tertekan. Inilah dunia bola sepak, namun kita kena bersedia dengan situasi ini.
"Begitupun mereka berjaya bangkit di separuh masa kedua dan berjaya mencipta beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan gol, namun apa boleh buat nasib tidak menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam
No comments:
Post a Comment