Tuesday, April 5, 2011

Saingan kelompok atas kian sengit

KEMPEN Liga Super diteruskan dengan 12 pasukan berentap di setiap enam gelanggang berbeza yang dilangsungkan serentak malam ini. 

Pendahulu liga, Kelantan berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk membuat perseteruan dengan T’Team, pasukan yang ditewaskan pada pusingan pertama Piala FA, 18 Februari lalu. 

Skuad bimbingan Datuk M Karathu itu kini berkongsi 17 mata dengan Selangor, cuma dibezakan menerusi kelebihan jaringan. 

Juara bertahan, Selangor menjadi pasukan ‘pelawat’ apabila di jadual bertemu Harimau Muda A di Stadium Shah Alam. Di atas kertas, satu tugas mudah untuk anak buah K Devan memungut tiga mata penuh. 

Sementara itu, Kedah kembali di landasan kemenangan apabila membenam Kuala Lumpur 1-0 Sabtu lalu. 

Kini, Sang Kenari yang dibimbing jurulatih sementara, Radhi Mat Din bersedia menjadikan Johor FC sebagai amukkan seterusnya di Stadium Darul Aman. 

Satu-satunya pasukan yang masih belum mengalami kekalahan sepanjang kempen liga adalah Perak. Rekod bersih tanpa kalah dalam lapan perlawanan diteruskan apabila menanti kunjungan Perlis di Stadium Perak, Ipoh. 

Mampukah Singa Utara mengejutkan anak buah Norizan bakar malam ini? Sama-sama kita nantikan. 

Berbeza pula dengan skuad Hoben Jang Hoben yang mendapat inspirasi baru daripada jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah. 

Azraai hampir menghadiahkan kemenangan sulung untuk Negeri Sembilan pada penampilan pertamanya namun dihampakan Terengganu pada aksi minggu lalu. 

Negeri Sembilan bakal melawan Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini. 

Felda United, sebuah pasukan yang semakin mengancam bakal menentang Sabah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...