KURANG tempoh dua bulan menyingkirkan T-Team dalam saingan Piala FA musim ini, dua seteru baru bola sepak tempatan, T-Team dan Kelantan sekali lagi turun berentap dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.
Pada aksi pusingan pertama kalah mati kempen Piala FA pada Februari lalu, Kelantan mengetepikan perjuangan T-Team menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sehingga ke masa tambahan.
Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu dalam nada merendah dirinya berkata, pertemuan menentang kelab dari Terengganu itu merupakan pertarungan sengit memandangkan kedua-dua pasukan itu kini tidak mahu tercicir mata dalam setiap perlawanan.
“T-Team merupakan sebuah pasukan yang kuat kerana mereka mempunyai ramai pemain berkaliber serta berpengalaman. Malah kejayaan mereka menewaskan Sabah 3-0 tempoh hari membuktikan mereka kini mula bernafsu besar untuk mengalahkan pasukan lain,” katanya kepada Sinar Harian selepas mengendalikan sesi latihan terakhir di Kota Bharu, semalam.
No comments:
Post a Comment