Friday, April 8, 2011

T-Team buru tiga mata

BAGI menghadapi perlawanan penting dengan Selangor, malam esok, skuad T-Team berjanji mempamerkan persembahan terbaik agar usaha untuk memburu kemenangan tercipta di gelanggang lawan.


Walaupun Selangor terlalu liat di hadapan penyokong setianya, skuad Yunus Alif mampu berbuat demikian jika barisan serangan dipimpin Indra Putra Mahayuddin bersama Haris Safwan Md Kamal dan Norfarhan Muhammad melakukan ledakan tepat ke gawang tuan rumah.

Indra Putra yang sudah menemui semula sentuhan berbisanya sudah tentu mahu menambahkan koleksi jaringan gol selepas menyumbangkan gol ketika menentang Kelantan.




“Walaupun gagal menjaringkan gol pada beberapa perlawanan lalu, saya kini sudah bersedia menggalas tugas berdepan Selangor,” katanya.

Norfarhan yang juga rakan sepasukan ketika bersama Kelantan musim lalu sudah pasti mahu mencipta nama sebagai penjaring gol di Shah Alam supaya pasukan berhasil membawa pulang mata penuh.


“Sebagai pemain barisan serangan sudah tentu mahu menjaringkan gol jika mempunyai peluang berbuat demikian dan yakin dapat melakukan tugas itu,” katanya.





Menurutnya, dia sudah serasi sekarang bersama Haris Safwan dan faham corak permainan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...