Dengan taktik serangan sejak awal permainan yang mengucar-kacirkan pertahanan pelawat, anak buah Yunus Alif muda mencipta tiga jaringan gol pada badak pertama perlawanan.
“Mungkin sudah berpuas hati dengan tiga gol, pemain memperlahankan rentak dan lebih banyak bertahan di babak kedua untuk menyimpan tenaga menghadapi Kelantan, Selasa ini,” kata Yunus.
T-Team menggegar awal dengan dua gol Haris Safwan Kamal pada minit kedua dan Zairol Anuar Zailani pada minit kelapan, sebelum Norfarhan Muhamad menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-42.
Meskipun Yunus mengarahkan anak buahnya mengekalkan corak pantas pada babak kedua tetapi pemain seolah-olah sudah berpuas hati dengan jumlah jaringan itu yang menyebabkan jurulatih berkenaan sedikit terkilan.
Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap pemain perlu fokus sepenuhnya terhadap 90 minit permainan dan cuba mencipta kemenangan besar ke atas lawan.
Sambil memuji kecekapan penjaga gol Syamsuri Mustaffa kerana menyelamat dua percubaan bahaya barisan serangan Sabah pada babak kedua, Yunus beranggapan T-Team sepatutnya dapat menambah dua atau tiga gol lagi di babak kedua.
PEMAIN T-Team (kanan), Indra Putra Mahayuddin diasak pemain Sabah, Mohd Reithauddin Awang Emran pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin. |
No comments:
Post a Comment