Mereka berkualiti, mampu tingkat prestasi pasukan negeri: Mat Zan
KEBUNTUAN finalis Piala Malaysia, musim lalu mendapatkan pemain import berwibawa berakhir apabila pemain Brazil dan Nigeria dipilih melengkapkan kuota untuk menyarung jersi Terengganu bagi kempen Liga Malaysia dan Piala AFC, musim depan.
Daripada 17 pemain diuji, bekas pemain import KL Plus dari Brazil, Tercio Nunes Machado, 33, dan bekas penyerang skuad remaja Olimpik Nigeria, Sibi Gwar, 24, memenuhi kriteria dicari pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
“Nunes yang pernah menyarung jersi kelab Arasa FC di Brazil bakal bertindak di bahagian tengah bersama Joseph Kalang Tie, Reesyafiq Alwi dan Ismail Faruqi Ashari manakala bekas pemain kelab Nigr Tornado FC di Nigeria, Sibi akan menguatkan barisan serangan bersama-sama Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya.
“Kami yakin adunan ini mampu menjadi pencabar terkuat bukan saja dalam Liga-M tetapi juga saingan Kumpulan F Piala AFC yang membabitkan Kitchee (Hong Kong), Song Lam Nghe An (Vietnam) dan kelab Singapura, Tampines Rovers,” kata pengurus Datuk Che Mat Jusoh selepas perlawanan persahabatan dengan skuad SUKMA Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
No comments:
Post a Comment