Saturday, August 24, 2013

Butler syok sendiri

Sumber: Sinar Harian

“SIAPA Peter Butler? Setakat yang saya kenal beliau suka cetus masalah dan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebolehan beliau."

Itu kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, ketika mengulas mengenai kenyataan bekas jurulatih T-Team itu, yang dikatakan mempertikaikan pelantikan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Bagi Zolkples, pemilihan Teong Kim dibuat melalui proses terperinci malah melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.



“Seandainya Butler bagus, sudah pasti dia berada dalam senarai. Sebaliknya nama beliau tidak pernah disebut sebagai calon layak melatih mana-mana program di bawah kendalian MSN.

“Namun, setiap kali beliau kendalikan pasukan mesti ada masalah. Lihat apa berlaku di Kelantan dan Terengganu. Bahkan sebelum datang Malaysia, Butler juga dikhabar bermasalah dengan pasukan di Thailand dan Indonesia.

“Tapi kalau dah syok sendiri, kita pun tak boleh buat apa,” katanya selepas merasmikan Program Perlesenan Kejurulatihan Atlet Kebangsaan IPTA/IPTS di Bukit Jalil, semalam.

Butler sebelum ini dalam Twitternya menulis sebagai ‘New Director or Youth Development! Don’t know him, however give him a chance – obviously cheap option but what do you expect here #belucky. '

Tegas Zolkples, sekiranya bekas jurulatih T-Team itu terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan mencemarkan imej negara tindakan sewajarnya harus dilakukan.

“Pihak berwajib harus lihat adakah perlu beliau terus berada di negara kita,” katanya.

Pelantikan Teong Kim berkuat kuasa November ini dengan kontrak lima tahun dilihat dapat membantu negara dalam mengembangkan lagi pembangunan bola sepak terutama di peringkat akar umbi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...