Saturday, August 17, 2013

Johor tak gentar

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: Johor tampak tidak gentar untuk memulakan kempen Kumpulan A saingan Piala Malaysia biarpun diundi bersama Selangor, Tentera dan Sime Darby pada aksi yang bermula Selasa ini.

Malah pengendali skuad Merah Biru Edres Selamat yang mengambil tugas daripada Azmi Mohamad yang kini membimbing Johor Darul Takzim (Johor DT), optimis peluang masih terbuka buat anak didiknya melakar kemenangan jika kekal beraksi secara berpasukan.



“Setiap perlawanan yang diharungi amat penting dan kita akan kekalkan momentum permainan yang sudah diterap Azmi kerana pemain sudah serasi dengan corak latihan itu.

“Apapun persiapan Johor terjejas selepas kehilangan Juan Muriel Orlando yang terpaksa diketepikan sepanjang kempen akibat kecederaan dan perlu berehat panjang.


“Pendekatan yang diterapkan kepada pemain lebih terarah mengekalkan konsep kekeluargaan dan tiada jurang antara mereka sebaliknya pemain menunjukkan persefahaman apabila beraksi di padang,” katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan Johor menentang PKNS di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang menyaksikan skuad Merah Biru menang 2-0, kelmarin.


Dalam saingan Liga Perdana, Johor menghuni tangga ketiga selepas mengumpul 42 mata dan layak beraksi pada aksi Piala Malaysia secara automatik.

Sememangnya aksi pertama amat dinanti-nantikan Edres walaupun sedar perlu berdepan tugas rumit apabila melayan kunjungan Selangor yang memiliki reputasi selaku bekas juara Piala Malaysia yang meletakkan sasaran misi 33 pada perlawanan Kumpulan A di Pasir Gudang, Selasa ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...