Saturday, August 24, 2013

Negeri Sembilan sedia sekat Tok Gajah

Sumber: Harian Metro

Seremban: Negeri Sembilan tidak akan memberi laluan mudah buat Pahang apabila kedua-dua pasukan bertarung dalam perlawanan kedua Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Kemenangan sulung diraih tempoh hari akan dijadikan azimat skuad itu dalam memastikan kelebihan di gelanggang sendiri dimanfaatkan sepenuhnya bagi meraih tiga mata.



Justeru, jurulatih pasukan itu, Ridzuan Abu Shah mahu setiap pemain skuad Hoben Jang Hoben fokus kepada perlawanan menentang skuad Tok Gajah.

"Saya harap pemain Negeri Sembilan berusaha keras dan memberikan persembahan terbaik kerana percaya perlawanan malam esok (malam ini) lebih sengit dan pemain perlu memastikan tiga mata berharga tidak terlepas begitu saja.


"Kemenangan ke atas Terengganu tempoh hari perlu diteruskan ke atas Pahang kerana ia bakal menjadi penentu dalam misi pasukan melayakkan diri ke suku akhir," katanya semalam.


Ridzuan mengakui bersedia menurunkan barisan terbaiknya, malah sudah merangka strategi mantap bagi memastikan anak buahnya dapat memperagakan persembahan cemerlang.

Namun beliau mengingatkan pemainnya berhati-hati dan berusaha mengurangkan kesilapan mudah yang pasti dihukum pemain lawan untuk menghasilkan jaringan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...