Sumber: Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Tonggak pertahanan The Red Warriors yang disyaki gagal ujian dadah selepas final Piala FA, Jun lalu menafikan telah mengambil bahan terlarang yang menyebabkan dia gagal dalam ujian doping.
Pemain tersebut yang enggan mendedahkan identitinya berkata, dia hanya mengambil makanan tambahan sebelum perlawanan tersebut dan sama sekali tidak menyangka ia mengandungi 'dadah terlarang'.
"Bila ujian dilakukan, hasilnya positif dan perkara itu amat mengejutkan saya.
"Saya sama sekali tidak menyangka makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, sebaik sahaja didapati positif bahan tersebut Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengarahkan dia berehat selama enam bulan dari menjalani latihan bersama The Red Warriors.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, seorang pemain pertahanan Kelantan disebut-sebut sebagai antara yang disyaki gagal ujian doping selepas perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun lalu.
Mengikut sumber, pemain itu tidak lagi menghadiri latihan bersama skuad Kelantan sejak sebulan lalu iaitu pada Ramadan ekoran digantung oleh KAFA (KAFA).
No comments:
Post a Comment