Tuesday, August 6, 2013

Jang harap Nazrin kekal

Sumber: Harian Metro

Seremban: Negeri Sembilan mengharapkan pemain sayap pasukan itu yang meningkat naik, Mohd Nazrin Mohd Nawi, kekal bersama skuad itu bagi memudahkan perancangan membentuk skuad mantap musim depan.

Pemain dari Kelantan itu kini dikatakan diintai beberapa pasukan terutama negeri kelahirannya selepas memperagakan prestasi memberangsangkan sepanjang Liga Super musim ini.

Jurulatih Ridzuan Abu Shah berkata, pihaknya sedar mengenai perkara itu tetapi menaruh harapan tinggi kepada pemain lincah itu dapat kekal menyarung jersi Hoben Jang Hoben musim depan.



Bagaimanapun, beliau mengaku tidak dapat menghalang jika Mohd Nazrin ingin mengubah haluan dengan pasukan lain kerana kontraknya bersama Negeri Sembilan akan berakhir sebaik tamat Piala Malaysia.

“Saya menaruh harapan tinggi Mohd Nazrin kekal bersama kami, namun keputusan muktamad terletak di tangan pemain itu dan ia sudah tentu berkait rapat dengan nilai tawaran yang bakal diterimanya nanti,” katanya.

Baru-baru ini, Kelantan menerusi Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bagaimanapun, belum ada kata putus daripada kedua-dua pihak malah Mohd Nazrin belum dapat mengulas mengenainya kerana memberi tumpuan kepada persiapan Piala Malaysia 20 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...