Friday, August 23, 2013

KLFA mohon pajak stadium

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan permohonan untuk memajak Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur selama 30 tahun selepas proses baik pulih gelanggang di Cheras itu yang melibatkan kos RM50 juta.

Menurut Presiden KLFA, Datuk Astaman Abd. Aziz, melalui pajakan itu, KLFA mampu menjana kewangan sendiri.

Katanya, pajakan itu adalah langkah permulaan KLFA menyahut saranan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mahukan setiap pasukan mempunyai stadium sendiri tanpa perlu berkongsi, selain menuju era penswastaan liga sepenuhnya pada 2015.



“Stadium KLFA akan dibaik pulih tidak lama lagi termasuk memperbaiki padang dan penambahan tempat duduk penonton.

“Saya harap DBKL tiada masalah untuk meluluskan permohonan kami kerana ia akan memudahkan pengurusan dan penyenggaraan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada masa akan datang, " katanya pada Mesyuarat Agung Luar Biasa KLFA di sini, semalam.

Tambah Astaman, pihaknya berhasrat menjadikan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebagai gelanggang untuk bola sepak sahaja.

Selain itu, katanya pihaknya juga mahu memantapkan lagi akademi bola sepak Kuala Lumpur dengan pembinaan lebih banyak kemudahan.

Sementara itu, mengulas cabaran Kuala Lumpur pada saingan musim depan yang terpaksa bersaing dalam Liga FAM, Astaman berkata, mereka akan menggunakan seratus peratus pemain baru dan mahu ke Liga Perdana secepat mungkin.

“Musim ini kami berdepan banyak masalah dan sebaik sahaja saingan liga berakhir, kami membuat perancangan bagi menghadapi musim baru," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...