Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: Bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha tidak pernah berusaha melangsaikan hutang peribadinya dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sehingga memaksa mereka menuntutnya mahkamah.
Ahli di Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, selepas berpeluang berjumpa dengan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim barulah isu itu dapat diselesaikan dengan baik di luar mahkamah.
“Mengenai isu Mat Yo (Norshahrul) saya perlu jelaskan dia tidak pernah jelaskan apa-apa.Bayaran RM120,975 itu bukan untuk tebus kontrak, itu tuntutan hutang peribadi Mat Yo kepada KAFA yang dia tidak pernah berusaha untuk langsaikan hingga menyebabkan kami terpaksa menuntutnya melalui proses mahkamah.
“Namun, baru-baru ini saya berpeluang mengadap Tunku Ismail dan baginda membantu menyelesaikannya dengan cara yang baik, atas sebab itu KAFA tidak lagi berhasrat meneruskan tuntutan di mahkamah,” katanya.
No comments:
Post a Comment