Tuesday, August 13, 2013

Malik tekad perkukuh jentera Tok Gajah

Sumber : Harian Metro

Kuantan: Penyerang muda Pahang, Abdul Malik Mat Ariff tidak mahu melepaskan peluang membantu skuad itu bersaing dalam kempen Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini.

Justeru, pemain berusia 22 tahun itu berazam menambat hati jurulatih Dollah Salleh untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi memperkasakan jentera serangan Tok Gajah.



Pada masa sama, saingan Piala Malaysia adalah pentas pertama kerana Abdul Malik baru menyertai Pahang musim ini selepas bersama skuad Piala Presiden Pahang musim lalu.

Namun, Abdul Malik mengakui perlu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama memandangkan masih ada pemain lebih berpengalaman di posisi itu.


“Saya sedar ia satu persaingan sengit tapi tidak mustahil untuk meyakinkan jurulatih yang sebelum ini memberi kepercayaan beraksi dalam saingan Liga Super dan Piala FA.


“Biarpun hanya diturunkan sebagai pemain gantian, ia cukup bermakna terutama memberi lebih keyakinan kehadiran saya mampu memberi impak kepada pasukan,” katanya semalam.

Abdul Malik turut yakin Pahang mampu merebut dua tempat ke suku akhir piala berprestij itu.


Menurutnya, diundi bersama juara bertahan, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan tidak akan memadamkan impian skuad itu melangkah ke final.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...