Friday, August 23, 2013

Pemain simpanan Kelantan positif

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Seorang pemain simpanan Kelantan sah terbabit dalam penyalahgunaan dadah ketika perlawanan akhir Piala FA 29 Jun lalu.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (FAFA) berkata, pemain itu kini dikecualikan daripada sesi latihan pasukan.

Bagaimanapun sumber itu enggan mendedahkan nama pemain berkenaan sebaliknya hanya mahu menunggu pengumuman FAM.

“Buat masa sekarang pemain berkenaan tidak dibenarkan menjalani latihan bersama pasukan.



“Kita mungkin tidak akan melakukan ujian doping kedua sebaliknya akan menunggu keputusan dan hukuman FAM kelak,”katanya.

Kelmarin Arena Metro melaporkan salah seorang pemain finalis Piala FA diuji positif dadah dan berkemungkinan bakal berdepan hukuman berat digantung seumur hidup oleh FAM.

Pada final itu Kelantan menang 1-0 ke atas Johor Darul Takzim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...