Thursday, August 22, 2013

Fokus aksi kedua

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Penjaga gawang PKNS FC, Mohd Remezey Che Ros mahu rakan sepasukan segera melupakan kemenangan manis 2-0 ke atas Johor Darul Takzim (DT) dan kembali fokus kepada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia, seterusnya bertemu T-Team, Sabtu ini.

Bagi Remezey, kemenangan ke atas Johor DT sememangnya cukup menarik tetapi dia tidak mahu rakan sepasukan alpa dan gagal memberikan fokus sepenuhnya apabila berkunjung ke gelanggang lawan nanti.



“Menang ke atas Johor DT memang satu keputusan yang sangat positif dan permulaan baik untuk kami bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

“Tapi kita tidak boleh terlalu meraikan kejayaan ini kerana fokus utama selepas ini adalah untuk terus meraih tiga mata,” katanya.


Remezey berkata, kemenangan ke atas T-Team penting kerana ia akan mencerahkan peluang mereka melangkah ke saingan suku akhir.


“Kami memang meletakkan sasaran untuk menang pada setiap perlawanan termasuklah apabila bertemu T-Team.

“Walaupun beraksi di tempat lawan, kami tetap akan memberikan saingan. Paling penting ialah memungut mata dan tidak tewas,” katanya.


Meskipun PKNS dilabel sebagai pasukan bukan pilihan, Mohd Remezey berkata, tidak bermakna skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu akan memberikan laluan mudah kepada lawan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...