Friday, August 16, 2013

Fokus Piala Malaysia!

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim memberi peringatan kepada enam tonggak utamanya supaya melupakan seketika tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi pembukaan Piala Malaysia menentang Johor Selasa depan.

Enam pemain yang dimaksudkan adalah Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy, S Kunanlan, Amri Yahyah dan Norazlan Razali.



Walaupun Irfan gembira dengan prestasi yang ditunjukkan barisan pemain itu khususnya Amri yang meledak satu gol ketika seri 1-1 dalam aksi persahabatan dengan kelab Qatar Lekhwiya SC kelmarin, beliau mahu mereka terus menunjukkan peningkatan bersama pasukannya.

“Saya mahu mereka memberi tumpuan bersama Selangor. Saya tahu selepas empat perlawanan Piala Malaysia mereka akan dipanggil semula untuk bersama skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan dengan China tapi saya juga mahu mereka meletakkan kepentingan dalam kempen Piala Malaysia ini,” katanya.


Menurut Irfan, beliau yakin Selangor kini dalam prestasi terbaik menjelang perlawanan pertama Kumpulan A Piala Malaysia bertemu Johor.


“Saya berpuas hati dengan prestasi pemain yang menunjukkan kesungguhan dan disiplin tinggi berdepan Lekhwiya SC yang beraksi dalam Piala Liga Juara-Juara Asia. Saya bukan mahu berbangga tapi kami mempunyai rekod baik apabila kali terakhir tewas dalam perlawanan liga Februari lalu dan saya harap rentak ini dapat dikekalkan dalam saingan Piala Malaysia.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...