Thursday, August 15, 2013

Pengulas bantu T-Team

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Dari kaca televisyen ke padang bola! Pengulas bola sepak, Azlan Johar disunting T-Team untuk memantapkan persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula Selasa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh mengesahkan tawaran sudah dibuat dan bekas pemain Terengganu berusia 50 tahun itu dijangka menandatangani kontrak dengan pasukan Titans hari ini.




“Kalau tiada aral, Azlan yang memiliki lesen kejurulatihan kelas A akan membantu ketua jurulatih (Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor) dalam kempen Piala Malaysia nanti.

“Kami yakin dengan pengalaman yang dimilikinya dalam dan luar padang sebagai pemain, jurulatih dan pengulas, ia dapat membantu pasukan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya.


Menurut Ab Rasid, T-Team mengalu-alukan kehadiran Azlan yang mewakili Terengganu dari 1987 sehingga 1989 bagi merealisasikan sasaran bukan sahaja melepasi halangan peringkat kumpulan malah mara ke final Piala Malaysia.


“Sasaran awal kami di awal musim untuk meraih sebuah piala masih belum berubah dan saingan Piala Malaysia kini menjadi harapan terakhir selepas gagal dalam kempen Piala FA dan hampir sahaja tersingkir ke Liga Perdana baru-baru ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...