Friday, August 16, 2013

Hodak tak puas hati

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Jurulatih Kelantan Bojan Hodak tidak puas hati dengan beberapa tonggak utama yang baru pulang daripada mewakili skuad kebangsaan selepas tewas 0-1 kepada ATM pada perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu, malam kelmarin.

Antara pemain utama yang dipanggil menyarung jersi pasukan kebangsaan adalah Nik Shahrul Azim Ab Halim, Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Azizi Mat Rose dan Mohamad Norfarhan Muhammad.



Hodak berkata, kekalahan itu menyebabkan beliau menganggap tonggak utama yang diturunkan sudah kehilangan rentak untuk bermain mengikut acuan pasukan.

“Saya tidak puas hati dengan persembahan yang mereka pamerkan. Jika mereka berlatih dengan skuad kebangsaan dan kembali berlatih dengan kita, mereka akan kehilangan rentak. Saya tidak tahu berapa minit mereka bermain ketika bersama skuad kebangsaan atau mungkin juga ada yang hanya duduk di bangku simpanan saja.

“Bagaimanapun, saya tidak risau dengan prestasi Nik Shahrul, Shahkir atau Khairul Fahmi. Selepas membuat penilaian saya tahu apa yang perlu dibaiki sebelum saingan Piala Malaysia bermula,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan sebelum sepak mula Piala Malaysia, Hodak mengakui mempunyai bayangan kesebelasan utama namun belum 100 peratus sempurna kerana perlu ‘menyiasat’ kekuatan lawan dalam kumpulan C iaitu Pahang, Terengganu Dan Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...