Artikel daripada Blog Suara Sukan Anda
Tatkala persaingan tiga penjuru untuk menjuarai trofi Liga Super antara Kelantan, Selangor, dan Terengganu berterusan hingga ke 90 minit terakhir musim ini selepas ketiga-tiganya mencatatkan kemenangan malam tadi, kelebihan masih lagi milik Kelantan apabila mereka hanya memerlukan keputusan seri menentang Sabah pada perlawanan terakhir untuk mengesahkan kejuaraan.
Dengan kelebihan 2 mata mengatasi Selangor dan 3 mata mengatasi Terengganu, Kelantan tidak perlu bersusah payah mengerah keringat mencari 3 mata kerana seri 0-0, 1-1, atau 2-2 sebenarnya sudah memadai buat anak buah Datuk M.Karathu merangkul trofi berusia 8 tahun itu, kecuali :
- · Selangor menewaskan Perak 12-0, 13-1, 14-2 (defisit 12 gol atau lebih).
Andai tewas, Kelantan masih mampu bergelar juara sekiranya :
- Selangor gagal mengutip mata penuh menentang Perak (seri atau kalah).
- Terengganu gagal menang sekurang-kurangnya dengan defisit 5 gol (5-0, 6-1)
Itu bercerita tentang peluang Kelantan. Selangor pula, peluang mereka tetap ada tetapi berbeza dengan Kelantan, anak buah K.Devan tiada pilihan lain, WAJIB MENANG, DAN Kelantan tewas tak kisah lah berapa gol walaupun 1-0.
Manakala peluang Terengganu merangkul double sebenarnya lebih menarik untuk diperkatakan. Sang Penyu boleh muncul juara dengan SYARAT WAJIB, Kelantan tewas :
- Kelantan tewas 0-1, 1-2 (defisit 1 gol), Selangor seri atau kalah, dan Terengganu menang 5-0, 6-1 (defisit 5 gol) ke atas Felda.
- Kelantan tewas 0-2, 1-3 (defisit 2 gol), Selangor seri atau kalah, dan Terengganu menang 4-0, 5-1 (defisit 4 gol) ke atas Felda.
Yang mana lagi menarik? Dengan bolasepak Malaysia langsung tidak boleh diduga, Kelantan pernah menewaskan Felda Utd (6-0), Selangor (5-1), Terengganu (3-0), dibelasah Perak (0-4), Selangor pernah menewaskan Perlis (7-1), Terengganu menewaskan N.Sembilan (3-0), Pahang (5-0), apakah mustahil kenduri gol untuk berlaku pada perlawanan terakhir?
No comments:
Post a Comment