Wednesday, June 15, 2011

Peluang Selangor buru mahkota Liga Super masih terbuka

 PEMAIN Felda United, Mohd Nizaruddin Yusof cuba melepas kawalan pemain Selangor, Asraruddin Putra Omar (kanan)  di Stadium Shah Alam, malam tadi.
SELANGOR terus bernyawa untuk menghambat Kelantan sehingga ke garisan penamat kali ini selepas berhempas pulas menewaskan Felda United 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. 

Jelas sekali anak didik K Devan memanfaatkan sepenuh ruang yang ada untuk mengutip tiga mata di laman sendiri buat kali terakhir, musim ini.Jaringan pembukaan Selangor hadir pada minit ke-23 apabila percubaan rembatan P Gunalan dari luar kotak penalti tepat memasuki gawang gol Felda United yang dijaga Mohd Hamsani Ahmad.

FELDA United menyamakan kedudukan menerusi Azrul Ahmad (m-68). Selangor pula menambah jaringan menerusi Safiq Rahim (m-74). 
  • Di Stadium Sultan Ismail, Terengganu terus menghidupkan peluang bersaing dengan Kelantan dan Selangor merebut kejuaraan Liga Super musim ini selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas T-Team. 

    Tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti minit ke-59 yang disempurnakan Abdul Hadi Yahya, namun, T-Team menyamakan kedudukan menerusi Samsul Kamal Mohamad dua minit kemudian dan mendahului menerusi Indra Putra Mahayuddin minit ke-73, sebelum jaringan Md Ailim Fahmi minit ke-74 dan Abdul Manaf Mamat minit ke-86 memastikan kemenangan skuad Penyu. 

  • Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis sekali lagi dikecewakan di laman sendiri selepas tewas 1-0 di tangan Sabah hasil sepakan penalti Razlan Otto (m-28). 

  • Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Johor FC berjaya menewaskan Pahang 2-1 hasil jaringan Mohd Khairul Ismail (m-24) dan Mohd Rashid Aya (m-85). Gol tunggal Pahang dijaringkan Azamuddin Akil (m-85). 

  • Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah dan Negeri Sembilan terikat 1-1.

  •  

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...