KOTA BHARU - Teka-teki siapa pengganti Peter Butler akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) Bojan Hodak sebagai jurulatih baru skuad Kelantan.
Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pasukan negeri KAFA yang dipengerusikan oleh Rosmadi Ismail.
Rosmadi yang juga Naib Presiden KAFA berkata, pemilihan jurulatih kelahiran Croatia mengambil kira pengalaman dan kepakaran yang miliki oleh bekas pengendali pasukan UPB-MyTeam itu.
"Dengan pengumuman ini maka tamatlah segala spekulasi yang timbul sebelum ini tentang siapakah pengganti Peter Butler.
'Kita yakin dan percaya, kehadiran Hodak mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Peter Butler sebelum ini," katanya.
No comments:
Post a Comment