PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha memotong kek hari jadi ke-25 dibawa isterinya, Siti Aisya Adam (tengah) ketika menjalani latihan di Stadium Sultan Mohd Ke IV, semalam. |
Reputasi Kelantan tidak mudah goncang semangat anak didik Irfan
TERENGGANU akur pasukan tetangga, Kelantan memang hebat kerana memiliki segala ramuan terbaik apabila bertembung mereka dalam final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok tapi reputasi itu tidak akan mudah menggoncang semangat anak didik Irfan Bakti Abu Salim.
Apapun, pengendali berkenaan menuntut anak didiknya usah terlalu menghormati lawan, sebaliknya bangkit memadamkan duka lama dan membawa pulang trofi sebagai penawar duka tewas 0-3 kepada lawan dalam saingan Liga Super, Isnin lalu.
“Kelantan pasukan yang hebat.
Prestasi di atas kertas juga memihak kepada mereka.Walau apa pun kita akan memberi persembahan terbaik dalam tempoh 90 minit perlawanan akhir nanti,” katanya, semalam.
Apa pun, Terengganu sudah berteguh azam membenam RedWarriors - sekali gus memastikan piala itu tetap menjadi milik mereka kali ini.
Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh yakin sasaran itu dapat dicapai jika pemain Terengganu dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan bersikap tenang menyekat barisan serangan Kelantan daripada mencerobohi kubu mereka nanti.
“Saya cukup berpuas hati dengan latihan dan persediaan yang sudah giat dijalankan sejak pagi tadi (semalam) dan mendapati semua pemain cergas serta mematuhi segala arahan jurulatih, Irfan Bakti sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang ini,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.
Sementara itu, penjaring terbanyak pasukan, Abdul Hadi Yahya gembira dengan kehadiran Ashaari Samsuddin yang diyakini menjadi gandingan terbaiknya dalam rangka memudahkan tugasnya menjaringkan gol.
“Saya akan berusaha memecah kubu pertahanan Kelantan dengan bantuan rakan sepasukan dan yakin dapat menjaringkan gol kemenangan,” katanya.
No comments:
Post a Comment