KUALA TERENGGGANU: Tiga penyokong pasukan bola sepak Terengganu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga tuduhan berasingan memiliki mercun, membaling sos cili serta memaki polis semasa perlawanan Liga Super Terengganu menentang Kelantan malam semalam.
Tertuduh Tuan Hasbullah Tuan Abd Razif, 24 dari Tanah Lot Kampung Chepoh didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis yang sedang bertugas kira-kira 11.30 malam di luar kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah selepas perlawanan itu.
Dia yang mengeluarkan perkataan "baliklah polis, berambus serta polis bodoh" didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100.
Tuan Hasbullah yang mengaku bersalah atas tuduhan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif kemudian dikenakan hukuman denda sebanyak RM80 atau tiga hari penjara jika gagal membayar denda tersebut.
No comments:
Post a Comment