Friday, March 2, 2012

Kubala simpati nasib Popovic


Harian Metro

DIA hanya perlukan satu jaringan keramat untuk menamatkan badi itu!


Begitulah pandangan awang import Perak, Michal Kubala mengenai kemarau gol yang melanda rakan sepasukan, Lazar Popovic yang masih ketandusan jaringan selepas lapan perlawanan.

“Saya tidak tahu dan bersimpati dengan nasib Popovic. Dia bukan tidak mencuba tapi malangnya gol yang dicari belum tiba. Jika berjaya memecah kebuntuan itu saya yakin dia akan mendapat kembali keyakinan dan sentuhan pemusnahnya,” katanya.







Popovic, 28, diharap menjadi penyelesai kepada ketumpulan jentera serangan skuad kendalian Norizan Bakar tetapi malangnya pemain dari Serbia itu setakat ini belum berjaya meledak sebarang gol.

Berikutan itu Norizan tidak menurunkan Popovic dalam kesebelasan utama Perak ketika menentang ATM dalam saingan pusingan pertama Piala FA dua minggu lalu. Sebaliknya pemain tinggi lampai itu hanya dimasukkan pada babak kedua perlawanan dan seperti biasa berjaya memberi sumbangan bermakna kecuali menjaringkan gol. Perak menang 1-0 melalui gol jaringan Kubala untuk mara ke pusingan kedua trofi kalah mati itu.


Berikutan itu Persatuan Bola Sepak Perk (Pafa) akan menguji beberapa pemain import dari benua Afrika sebagai persiapan menghadapi tingkap perpindahan April nanti yang membolehkan pasukan negeri membuat pendaftaran baru.





“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai perkara itu kerana ia hak persatuan. Yang pasti Popovic perlu mula menjaringkan gol bermula perlawanan menentang PKNS FC, esok jika ingin memenangi keyakinan pegawai pasukan dan persatuan.

“Saya hanya boleh mendoakan kejayaannya dan mengharapkan yang terbaik untuknya. Lebih penting ialah kejayaan pasukan,” kata pemain tengah Slovakia yang berharap memberikan sumbangan berkesan kepada pasukan Kejor Yob Kejor itu.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...