Friday, March 2, 2012

Sabah harap kekal momentum


Harian Metro

AKSI konsisten dipamer kesebelasan utama Sabah pada perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan, Jumaat lalu, diharap menjadi titik permulaan bagi skuad Helang itu mengekalkan momentum persembahan sepanjang saingan Liga Super tahun ini.





Sehubungan itu, ketua jurulatih Sabah, Justin Ganai mahu anak buahnya terus fokus mengekalkan aksi bertenaga menjelang perlawanan menentang Johor FC di Stadium Likas, esok.

“Pemain saya cemerlang dalam perlawanan persahabatan itu dan jika rentak begitu dikekalkan sepanjang masa, bermula dengan Johor FC nanti, saya yakin Sabah mampu menang,” katanya.




Justin turut sentiasa mengingatkan semua pemain yang setiap pasukan bersaing dalam Liga Super tidak boleh dipandang mudah.

“Setiap pasukan sentiasa melakukan persediaan rapi dan bersedia menghadapi lawan, sama ada bertaraf kelab atau negeri. Kita tidak boleh memandang rendah pasukan kelab seperti Johor FC kerana mereka juga mempunyai ramai pemain berbakat,” katanya.


Sabah kini berada di tangga ke-10 dan berkongsi 10 mata bersama Johor FC yang berada di tangga kesembilan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...